Search

Saya telah mengadakan perjumpaan hari ini bersama ...

  • Share this:

Saya telah mengadakan perjumpaan hari ini bersama YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah JKNJ, YBhg Dato’ Prof. Adeeba Kamarulzaman dan Dr. Dhesi Baha Raja susulan paparan media sosial viral mengenai keadaan pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Hasil daripada perjumpaan ini, saya telah menitahkan agar pengurusan situasi Covid-19 ditambahbaik dan penyumberan luar pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta bagi meringankan bebanan terhadap sistem kesihatan awam dimulakan secara berperingkat. Pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Sultan Ismail akan dipindahkan ke Hospital Columbia Asia, manakala pesakit dari Hospital Sultanah Aminah akan dipindahkan ke Hospital KPJ. YAB Menteri Besar Johor juga telah mengumumkan penambahan katil di wad Covid-19 Hospital Sultan Ismail dan kemudahan khemah di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma akan ditambah baik.

Satu inisiatif baru, IPA-C (INISIATIF PEMIMPIN ADVOKASI COVID-19) akan dilaksanakan melalui kerjasama kerajaan negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan pemimpin-pemimpin komuniti tempatan. Objektif inisiatif ini adalah untuk mencegah penularan wabak COVID-19 dengan mengutamakan konsep tanggungjawab Collective Responsibility dalam menggerakkan dan memperkasakan komuniti, memantapkan konsep RISK Communication yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dan memperkukuhkan usaha-usaha pemantauan terhadap pematuhan SOP.

Proses vaksinasi juga harus dipercepatkan dan sentiasa dipantau oleh agensi-agensi dan pihak berkuasa agar proses vaksinasi dapat dijalankan secara baik, cepat, selamat dan tidak membebankan rakyat yang datang ke PPV. Selain daripada mempercepatkan proses vaksinasi, kita juga perlu beri tumpuan kepada pesakit Covid-19 supaya mereka mendapat jagaan rapi yang sebaiknya.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

—-

I had a meeting today with the Menteri Besar of Johor YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Health and Environment EXCO YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, JKNJ director YB Dato' Dr. Aman bin Rabu, YBhg Dato' Prof. Adeeba Kamarulzaman and Dr. Dhesi Baha Raja following a viral social media post on the condition of the Covid-19 patient quarantine center at the Sultan Ismail Hospital, Johor Bahru.

As a result of this meeting, I decreed for the management of the Covid-19 situation be improved and the transfer of non-Covid-19 patients to private hospitals to ease the burden on the public health system to start in stages. Non-Covid-19 patients from the Sultan Ismail Hospital will be transferred to the Columbia Asia Hospital, while those from the Sultanah Aminah Hospital will be transferred to the KPJ Hospital. YAB Menteri Besar of Johor also announced the addition of beds in the Covid-19 ward of the Sultan Ismail Hospital and the tent facilities in front of the Emergency and Trauma Department will be improved.

A new initiative called IPA-C (INISIATIF PEMIMPIN ADVOKASI COVID-19) will be implemented in collaboration with the Johor state government, Johor State Health Department and local community leaders. The initiative's objective is to prevent the spread of Covid-19 by prioritizing the concept of Collective Responsibility in mobilizing and empowering communities, strengthening the concept of effective RISK Communication to increase public awareness and strengthen SOP compliance monitoring efforts.

The vaccination process should also be expedited and constantly monitored by agencies and authorities so that the vaccination process can be carried out properly, quickly, safely and without burdening the people visiting PPVs. Apart from speeding up the vaccination process, we also need to focus on Covid-19 patients so that they get the best intensive care possible.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor


Tags:

About author
not provided